Assalamualaikum dan Salam 1bungaApi semua! motif sangat kan? hahaha.
Okay. Sambungan post sebelum ini... ( Part 1)
15hb seperti yang dijadualkan akan berlangsung pertunjukan bunga api dari peserta AMERIKA SYARIKAT! Tapi ada satu hal pulak yang jadi masalah. Bila dirujuk balik FB Perbadanan Putrajaya, ada pulak umat manusia yang menimbulkan keraguan. Katanya show malam ini akan diadakan pada tepat jam 12 tengah malam. Bukan 10.00pm seperti yang tertera dalam poster. SAMA seperti sambutan kemerdekaan hari tu. Tapi kali ni sempena SAMBUTAN HARI MALAYSIA pulak! Dah jadi satu hal plak aku nak dapatkan confirmation. Ada orang cakap diorang siap dapat emel dari perbadanan yang memaklumkan perubahan jadual. HAISH! payah ok payah! Mesej kat FB admin tak berjawab. yela tengah cuti kan. Akhirnya kami gerak gak dalam jam 9.00pm ke spot favourite kami. Yang macam semalam tu lah.
Waktu sampai tu, kereta dah mula memenuhi Persiaran Tasik! dah makin banyak berbanding dengan semalam. Maybe sebab cuaca cantik kot. So haruslah aku expect show yang best lagi VAVAVOOM kan! hahaha.
Kali ini tanpa gagal aku gigih bawak tripod! hahaha. Sempat lagi study setting kamera untuk amek fireworks pictures ok! hahaha. Bertabahlah~
So tepat jam 10.00 malam mula dentuman menggegarkan ruang udara Putrajaya!! Semua orang HUUUU... HAAAA... clap! clap! Cantik woih! bagi aku kalau compare dengan China semalam, agak tertewas jugak lah! Kalau semalam keluar bentuk empat segi, kali ni lagi Dahsyat! Bentuk love, spiral, kotak, macam2 lagilah! Impress hoih! impress sangat! Warna biru dan merah mewarnai langit Putrajaya malam tu! Ok enjoy gambar-gambar dulu ok!
 |
| Ni masa mula2 menembak ni.. |
 |
| Kalerfulnya!!! Ewah! |
 |
| Merah menyala! |
 |
| Kevavoommm!!! |
 |
| Macam renjisan Air Mawar gitu~ |
 |
| Argghhh!!! Chanteks! |
 |
| Keluar sebijik2 kaler lain2. Cants sgt! |
 |
| 2 Kuntum bunga merah garang! |
Puas hati sikit kan? bahaha.
ok. Adios and wassalam! =D