Pages

Thursday, 5 September 2013

WITM-MATTA FAIR September 2013

Assalamualaikum dan salam Khamis semua! 

Okay. Kali ni tiba balik satu pesta yang boleh dikatakan semua traveller serta TOURIST akan jadi meroyan tak tentu pasal. haha.. its MATTA FAIR uols!!! MATTA FAIR edisi September 2013 kali ni akan diadakan sekali dengan World Islamic Tourism Mart (WITM) 2013. Makanya bila digabung dan meletup jadi lah WITM-MATTA FAIR 2013! Its mean 2 pesta akan berlangsung serentak! Weehuu!!! padahal nak cut cost lah tu kan? bahaha


For your information, the fair will be held from 6th until 8 September 2013. which means start ESOK! abeslah jem sekitar PWTC tu.. 

Kali ni WITM-MATTA FAIR 2013 diadakan juga sempena Tahun Melawat Malaysia 2013 (Visit Malaysia 2014). Dan kali ni dijangka pakej-pakej domestik akan menguasai fair dan mungkinkah akan ada harga - harga kejutan bagi pakej domestik? Nantikan! 

And kali ni, kalau semua lutut tu dah longgar tak dapat nak beratur lama untuk beli tiket, jangan khuatir! Tiket kali ni boleh dibeli secara online! Paling tak best harga tiket dah naik jadi RM4 + RM0.10 transaction fee! Nak beli tix boleh klik http://micem.matta.org.my/ 

Misi aku kali ni ada tiga sajo; 

1. Nak visit booth Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) dan nak mintak collar badge logo VM2014 nih! cool kot. siap ada lambang ENDLESS POSSIBILITIES kan? =D

2. Nak beli majalah LONELY PLANET yang backdated yang murah. Harga biasa sehelai RM15 tak silap. Masa fair diorang pukul rata RM20 dalam 4 or 5 helai. 

3. Meninjau pakej2 yang agak-agak menarik. Contohnya, masa Matta Fair Mac 2013 yang lalu, come to my suprise tetiba banyak pakej ke Amerika Selatan. And they go to MACCHU PICCHU uols! Tapi haruslah ribu-ribuan! Pakej2 ke Baitulmaqdis dan Khazakhstan juga telah mulai banyak. Mana tau tetiba ade pakej mengejar AURORA! hahaha

Meh sini aku share skit tips nak ke WITM-Matta Fair ni : 


  • Pastikan anda dah ada target tempat yang anda nak pergi. Plan awal lah please. Jangan kat sana baru kau nak melangok cari mana lah aku nak pegi ni. Alih2 nanti satu hapah ko tak membeli. Menyesakkan PWTC tu lagi adalah! STRESS kau tau tak orang ramai! hahaha

Ihsan : asiarooms.com

  • Have a rough idea about your visit. For example, adalah bila tarikh kau nak pegi, musim apa kau nak kunjung, hotel jenis ape ko expect. 30 bintang ke ape ke. tempat mana ko nak lompat2 and amek gambar buat sign peace. At least ROUGH IDEA! Jangan ko datang booth pastu tanya 'WHAT IS THIS YA?' Kalo aku keje situ, aku bagi 'Chanel slap' sebijik pastu baru aku entertain kau. hahhahaha. 
  • Pastikan you have a realistic budget. Sebab tour company boleh adjust pakej ikut bajet kau. Jangan lah ko demand mak nenek bagai pastu bajet nenek kebayan. Sekali kene 'Birkin slap' terduduk simpuh kau. Padan Muka! 
  • You dont have to rush. Pegi, amek brochure, seat aside and do your calculation. Sembahyang hajatlah sebelum pegi moga Allah bagi kesenangan dalam memilih!
 
Ihsan : realsimple.com
Buat masa ni itu je kot tips yang aku boleh bagi. Yang lain non-hado. I'll be there InsyaAllah Jumaat after work atau Sabtu. Live feed akan diupdate di FB, Twitter, and Instagram.

Dan buat semua, SELAMAT BERMATTA! Semoga korang dapat grab pakej2 yang best2!

Sekian dan wassalam, 


abbaz
'anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia'

 P/s : tema slap semua designers handbag. hiks~

12 comments:

Anonymous said...

Overnau slap pakai handbag!! Xsayang kewww hahahaahaah magad pakej ke aurora?!!!!! Ada meh



mahir malas nak pakai google akaun

abbazeef-wanderlust said...

@mahir

x over haih. when u have the handbeg. bahaha.

hah. tu la yg aku nk tgk tu! mana tau ade! bahahha

Anonymous said...

Baik aku slap pakai penyapu ke. Selamat LV, channel chendol, gucci pucci wakakakkaakakaka

abbazeef-wanderlust said...

@mahir

so penyapu slap ah? buruk n xde class! hahahahaha

Anonymous said...

1st of all, CONGRATULATIONS sbb finally ade jugak update dlm blog bersawang nih...

2nd of all, aku macam xsempat nk bermatta tahun ni... huuu... (will try my very best utk terjah on sunday...

3rd of all, xsabar nk kendong goodies berbondong2... jgn smpi tercabut lg tapak kasut sudah la ye... heeee


~Aizad yg malasss jugak macam Mahiridom~

Anonymous said...

Op kos. For pipi somel iols slap pakai brand handbag, for tak somel penyapu la hahahah magad. Okeh aku ada misi nak beli tix, berbaloi tak agaknya. Tu yg wonder wonder skang ni.

Misi tak byk tapi duit nak keluar tu uols, i told yuhhh mcm beli pakej hahahaha magad macchu picchu nak follow :3

Mahir membebel lagi

abbazeef-wanderlust said...

@aizad

tudia xsempat! bgs ape! at least risiko kasut ko nk tcabut dah near zero! hahaha

aku seperti yg diatas. no more brosur xpenting. hahha

abbazeef-wanderlust said...

@mahir

tudia. ni komfem tix lebih 2000 nih! fuh. macchu picchu br tgk td. rm25k! merembes! hahahaa

Anonymous said...

Magad. Dua dua dua dua

terus kaka gagap. Hoiiii kenduri kawen (if ada calon) pun aku bajet rm10k je tau. Saddddd sobb

mahir yg sedang tgk buku akaun

abbazeef-wanderlust said...

@mahir - hah kan btol aku ckp. kmfem aurora! bahahhaa

10k? mana ckup! bahhaa. presiden kene jmput seluruh rakyat! haha

Anonymous said...

presiden jemput mana yang pentim je hahahahaha

rakyat jelata yg lain boleh tonton live di fb. gituh

*miss presiden

abbazeef-wanderlust said...

@mahir - tudia aih. kawen pon buat live feed? bahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...