Assalamualaikum semua!
Hah??!! Pe cer? Dah terjah WITM-MATTA Fair ke? Esok last day!!! Iols pergi menerjah masa hari Jumaat aritu. Lepas kerja terus berdesup ke sana. Kau tak tau yang Jalan Tun Razak tu jammed! Jammed, jammed, jammed! STRESS ok! Tapi sambil ditemani alunan zikir (mode ustaz kau, kata hari Jumaat kan?) makanya Alhamdulillah sampai jugak. Berpusing-pusing aku cari parking kat PWTC tu, akhirnya jumpa. Setel parking, dengan penuh gaya, aku pon masuk dalam PWTC dan terus ke arah kaunter tiket. Bayar RM4 dan anda akan dapat 1 tag tangan (wajib pakai), canvas beg dan 1 surat khabar yang mengandungi info dan peta MATTA Fair ni. Masa pegi beli tiket ni tak ramai pun orang. Tapi korang boleh avoid que dengan cara beli online. Refer post sebelum ni (klik sini)
Walaupun kali ni MATTA FAIR bergabung dengan WITM, tapi aku tengok tak ada lah beza sangat dengan yang lepas. Cuma kali ni pakej2 yang membawa tagline MUSLIM FRIENDLY dan MUSLIM PACKAGE makin banyak diperdagangkan. Ruang pameran adalah seperti berikut:
Hah??!! Pe cer? Dah terjah WITM-MATTA Fair ke? Esok last day!!! Iols pergi menerjah masa hari Jumaat aritu. Lepas kerja terus berdesup ke sana. Kau tak tau yang Jalan Tun Razak tu jammed! Jammed, jammed, jammed! STRESS ok! Tapi sambil ditemani alunan zikir (mode ustaz kau, kata hari Jumaat kan?) makanya Alhamdulillah sampai jugak. Berpusing-pusing aku cari parking kat PWTC tu, akhirnya jumpa. Setel parking, dengan penuh gaya, aku pon masuk dalam PWTC dan terus ke arah kaunter tiket. Bayar RM4 dan anda akan dapat 1 tag tangan (wajib pakai), canvas beg dan 1 surat khabar yang mengandungi info dan peta MATTA Fair ni. Masa pegi beli tiket ni tak ramai pun orang. Tapi korang boleh avoid que dengan cara beli online. Refer post sebelum ni (klik sini)
Walaupun kali ni MATTA FAIR bergabung dengan WITM, tapi aku tengok tak ada lah beza sangat dengan yang lepas. Cuma kali ni pakej2 yang membawa tagline MUSLIM FRIENDLY dan MUSLIM PACKAGE makin banyak diperdagangkan. Ruang pameran adalah seperti berikut:
- Floor 1 – Pelbagai tour company (Antarabangsa dan Domestik)
- Floor 1M – Malaysia Airlines
- Floor 2 – Pelbagai tour company (Antarabangsa dan Domestik)
- Floor 3 – Pelbagai tour company (Domestik)
- Floor 4 – Pelbagai booth2 dari National Tourism Organization dan tour company (Domestik)
- Floor 4M – Pelbagai booth2 dari National Tourism Organization, tour company (Domestik)serta kelengkapan travel
- Ruang legar putra - Pelbagai booth2 dari National Tourism Organization, tour company (Domestik) dan Islamic travel company
So, lepas beli tiket aku terus lah terjah ke Floor 1, 1M, dan 2. Disebabkan oleh misi aku, makanya aku tak banyak dapat manfaat di floor ni. Sebab aku bukan nak beli pape pakej pon. Just strolling around pusing2. Sambil2 tu banyaklah promoter2 yang hulur segala mak nenek brochure. Aku ambil sikit2 je. Just nak tengok harga. Buat apa amek banyak2, boleh tercabut lengan kot sebab berat. Di floor ni, semua company push for sale segala pakej yang ada. Antara booth yang lawa SEMESTINYA adalah APPLE HOLIDAYS! Pakej diorng ni mahal2 dan ekslusif kot. Sebab tu ade extra duit nak buat pavilion bagai. Jangan lupa untuk ambil tour guide book untuk yang nak ke Europe, boleh dapat kat gerai SEDUNIA TRAVEL. Sebab diorng ni wakil GLOBUS kat Malaysia. TRAFALGAR ada juga kat sini tapi tak ingat company mana. Buku panduan dari GLOBUS dan TRAFALGAR adalah buku yang TERBAIK kalau korang nak ada rough idea mengembara kat Europe tu. Sebab diorang ada sediakan banyak option route dan tempat yang boleh dilawat. Do check their website ok! Suprisingly kali ni ada Negara baru! Aku rasa 1st time dengar ada company buat pakej ke UZBEKISTAN! Dan dia bagi sekali brochure untuk ke TURKEMENISTAN, UZBEKISTAN, TAJIKISTAN, KYRGYSTAN. GOHEAD GOSTAN xde ke bang? Hahahhaa. And they claim they are ASIA’S SWITZERLAND! Hah! Kau mampu tak? Haha.
Di floor yang sama, makanya aku dah setel 1 misi aku. Iaitu MENCARI MAJALAH LONELY PLANET yang backdated! Haha. Cheapskate kan? Punyalah dah selalu pegi, sampai mamat yang jual tu cakap ‘HAI BANG, DATANG LAGI??!!’ Hah! Kau mampu maria? Kali ni dia jual RM15 untuk 3 bijik majalah LP. Harga biasa adalah RM15 sebijik. Tak ke bertuah tu? Haha. Dan disebabkan setiap MATTA aku pegi, literally aku tak payah beli for the whole year. Jimat banyak! Haha. Seperti biasa beli 1 set RM15, ko akan dapat amek sekeping gambar berlatar belakangkan masjid kat Brunei dan seterusnya melayakkan kau untuk menang kamera baru SAMSUNG! MAGAD! Aku sempat pesan kat mamat LP tu, ‘saya tiap2 MATTA datang, kali ni bagi saya menang boleh?’ hahaha. Tersipu2 mamat tu nak menjawab. Gambar kamera n LP
Dan kali ni paling geram sebab booth Malaysia Airlines sangat lah secluded! Diatas awan katanya kan? Ko buat kat Floor 1M tu, ramai orang tak tau ok! Bayangkan, ada sorang pemenang pertandingan Social Media MAS sempena Matta ni kan, nak claim hadiah dier boleh dier tanya ‘mana 1 eh your booth?’ banyak sangat kat bawah ni. Dik, booth MAS tu kat atas langit tu ha. Kene naik aerobridge baru sampai! Hahaha. Tapi full of activities lah. Ada booth amek2 gambar, booth ENRICH dan TEMPTATIONS, MASKARGO, Charter flight dan tiket counter (dibuat ala2 mcm dalam flight suasananya). Kat sini ada booth bagi souvenir free. Just korang scan QR kod then boleh redeem hadiah on-the-spot! =D Aku dapat cap FIREFLY jadilah kan.
Dah setel kat MAS, aku terus berdesup ke Floor 3, 4 dan 4M. di Floor 3, aku punyalah optimistik nak melawat booth MOTOUR nak tanya ada atau tidak souvenir untuk Visit Malaysia 2014, terus sedih tengok booth tu. Buku2 info belambak dah bagus. Orangnya pun membantu, tapi tak nampak lak barang – barang VM2014 yang boleh dibawa balik. So sad. Tapi kat floor ni belambak company yang offer pakej domestik! Untuk yang selalu sangat jengah oversea tu, mai lah tengok2 skit ape yang domestic kita ada. Quite impressive tau! Ada jugak tempat yang aku tak pernah dengar pon wujud kat sini!
Pastu bergegas ke Floor 4! Misi no. 3 aku selesai kat floor ni! Hahhaa. Disinilah tempat yang korang kena masuk dan ambil segala mak nenek guide book, info book dan bertanya pada yang pakar! Kebanyakan booth di floor ni adalah dari kementerian2 pelancongan Negara luar! Contoh booth yang paling happening adalah JEPUN dan KOREA! Full stretch! Ada booth yang baru seperti South Africa, Argentina dan Equador! Aku apa lagi, kerja merembat segala guide yang ada. Hahaha. Floor 4M tak pergi sebab tak ada benda pon nak beli kat sana tambahan nak mengejar solat Maghrib lagi kan? Ruang Legar Putra aku lambaikan aje. Haha~
Overall komen :
1. Pakej ikut bajet lah. Paling mahal aku jumpa RM25000! Hahaha. Yang tu ke Macchu Piccu. Paling murah pon ada. Tapi berhati2 dengan terms and condition. Kalau boleh pakej jangan bayar full. Just letak duit booking je dulu. Setahu aku serendah RM50 pun diterima.
2. Ambil pakej dengan company yang reliable. Sebab pernah keluar berita company yang buat pameran di MATTA fair ni pernah tipu pengguna.
3. Tiket flight MAS ko boleh book seat dulu di booth MAS di 1M. Bayar kemudian. Tapi within the same day! Dia akan bagi 1 transaction slip dan bawak slip tu masa nak membayar.
4. Surau dan nursing room ada disediakan di ruangan pameran floor2. Rujuk tanda arah.
5. Bincang elok2 k. Jangan gaduh dengan pengunjung lain.
For pictures, please klik;
PS : ada 1 kejadian sebelum aku masuk toilet, ada sorang makcik ni dengan suku sakat dia mintak tag tangan aku, pastu aku tanya dia nape nak? Dia cakap tak ada duit nak beli tiket. HELLO MAKCIK! ORANG TAK ADA DUIT TAK PERGI MATTA FAIR OK!!!! huh!
If you have any other Q boleh singgah fanpage and tanya atau komen je kat bawah! ADIOS and WASSALAM!
2 comments:
Makcik buat lawak conjuring
*mahir
@mahir - tengah2 penat tu blh kau buat lawak conjuring kan? sepak keluar sampan kang! eh?! hahahha
Post a Comment