Pages

Sunday, 8 April 2012

SEOUL IN MY SOUL - PERSIAPAN (Bahagian 1)

Ann-nyeonghaseyo!!!!!!!! (amek feel....hehehe)

Hasil kuasa veto atas undian anda dahulu (rujuk sini ), maka bermulalah pengembaraan ke Seoul di blog ni. =p

Akhirnya dapat jugak nak buat 1st posting pasal Seoul ni. Untuk makluman semua, pengembaraan ke bumi Korea Selatan ni berlaku pada tahun 2011. Exactly between 28 Mei sampailah 2 Jun 2011. We’ve spend around 6 days 5 night di bandaraya Seoul. The post will be superLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG cause InsyaAllah, saya akan cuba beri sebanyak detail yang boleh untuk tatapan korang semua. Rasanya akan dibahagikan ikut hari dan dalam hari2 tu plak ade bahagian2! Hahaha..BERTABAHLAH ye! Dan saya akan berikan tips2 berkenaan makanan halal serta tempat solat untuk memudahkan panduan backpacker Muslim.

Tapi untuk post kali ini, saya akan ceritakan dahulu tentang persiapan yang saya lakukan sebelum kami memulakan penjelajahan ke bumi Seoul.

Bagi saya, perkara yang paling penting ketika membuat perancangan percutian bajet adalah untuk meminimakan pengeluaran duit pada 2 perkara ini iaitu TIKET KAPAL TERBANG dan HOTEL! Terutama TIKET KAPAL TERBANG!

PERSIAPAN 1 : Pembelian tiket kapal terbang

Sememangnya dengan AIRASIA! Pembelian tiket kapal terbang dilakukan secara tidak terancang sebenarnya. Dengan dah ada 2 confirm trip untuk 2012, dengan nak simpan duit nak kahwin lagi kan? Tapi tiba – tiba pulak AirAsia buat promo inaugural flight ke SEOUL!!! Maka menjeritlah semua orang! Maka dengan menutup mata, mengklik jari, maka TERBELI lah tiket ke Seoul untuk 4 orang! Trip kali ni disertai oleh saya, isteri dan 2 orang adik kembar saya. Nak tau bape yang kami dapat untuk sorang? RM250/pax! Gile murah kan? Tapi tu tidak termasuk beg,makan2 n seat(kos2 ni blh di adjust nanti). Saya beli tiket pada Ogos 2010, maka ada 10 bulan untuk kumpul duit. So bermulalah sesi mengikat perut. =p

TIPS : Beli tiket masa inaugural flight ke mana2 destinasi yang berkaitan. Sebab lepas tu, JANGAN HARAP nak dapat tiket semurah tu. MIAHAHAHAHA…seyes xtipu! Sekarang ni mana dah nak dapat tiket ke Seoul semurah ini kan?

TIPS : Pilih tarikh yang tidak ada public holidays, avoid weekend. Selalunya untuk tiket pergi saya pilih hari Isnin dan pulang pada Jumaat. Selalunya period ni memang tiket murah2. (nanti saya buat post khas pasal tips nak beli tiket Airasia ni)

PERSIAPAN 2 : PEMILIHAN PENGINAPAN

Ini merupakan antara persiapan paling pening untuk saya! Dahlah nak dapatkan penginapan dengan kos terendah, faktor lokasi juga perlu dititik beratkan! Dan yang paling menakutkan, kita buat semua nih hanya berpandukan peta yang xtau accurate atau x. miahhahahaaha..n dengar cerita2 orang. Memang world ok! Antara kawasan – kawasan yang paling famous untuk penginapan adalah sekitar Dongdaemun, Namdaemun, Myeong-Dong, Insa-Dong dan Itae-won. Dongdaemun, Namdaemun dan Myeong-Dong ni merupakan kawasan terkenal untuk shopping2 manakala Itae-won pulak famous dikalangan backpacker muslim coz disinilah terletaknya Seoul Muslim Mosque dan sangat senang untuk jumpa makanan halal di kawasan ni.

Masa memang banyak dihabiskan membaca review2 di website2 seperti :


 


 
 

 


 

Dan untuk makluman semua, penginapan yang bertaraf HOTEL yang ada berbintang-bintang tu memang sangat mahal. Untuk budget vacation, memang tidak digalakkan lah. Melainkan duit kau berkepuk2, then silalah. Tak halang pun. Hehe. Untuk kami yang bajet2 ni…………….tgk jelah hotel mana yang kami amek. You’ll be surprised! Miahahahha…

TIPS : Pilih tempat penginapan yang dekat dengan pengangkutan, kedai serbaneka dan mempunyai peta yang senang difahami.

Next, saya akan share website yang menjadi rujukan untuk saya menyusun itinerary sepanjang saya dii Seoul. 

Nak tau macam mana saya spend RM1500 sepanjang 6 hari 5 malam pengembaraan di Seoul? Nantikan post2 seterusnya! TQ for reading! See ya guys in next posting!

Wassalam.

abbazeef_wanderlust

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...