ASSALAMUALAIKUM dan GOOD DAY semua!
Boleh tak nak cakap yang dekat lima bulan genap yang aku ni
lupa aku ada blog nak kena update? Hahahahaha. Maaf ya semua. Rasanya kalau
mintak maaf banyak-banyak pon sapelah yang nak kesahkan? Bahaha..
Okay. Kita sambung story di Sydney. Hari ni merupakan second
day di Sydney. After a very long day semalam menjengah area Central Business District
di Sydney, hari ni kita pergi jauh sikit dari kota. Kita ke BLUE MOUNTAIN!
YEAY! Nanti aku akan story mory, nape lah gunung biru ni (yg nan hado pon
birunya) WAJIB korang pegi!
Okay. Seperti biasa kitaorg semua gerak lambat. Haha. Dengan
breakfast lagi, siap2 lagi..makan masa jugak. Tapi kawasan Malaysian Hall
Sydney ni quite best. Walaupun berdepankan stable lumba kuda, aku tak tau
kenapa macam ala2 fresh plak udara kat sini. Haha. Ke sebab sejuk? But area
best. Tak bising, such a great ambience untuk menginap. Moh jangan banyak cite,
kita start gerak ke Blue Mountain!
Sydney Central Station kat sebelah kiri tu... |
Bandar Sydney |
Untuk pengetahuan semua, Blue Mountain ni terletak betul-betul
ke barat dari Bandar Sydney. Merupakan antara aktiviti excursion yang wajib
dilakukan bila anda menjejakkan kaki ke Sydney. Korang jangan tak tahu, Blue Mountain
ni telah disahkan menyertai UNESCO WORLD HERITAGE AREA pada tahun 2000! Dengan
pengiktirafan ini, makanya SANGAT rugi jika anda tidak meluangkan masa untuk
melawat tempat ini.
Baik, jarak dari Sydney ke Blue Mountain ni adalah lebih
kurang 110km gitu. Ada banyak cara untuk ke sana; kereta, bas, tren ataupun
mengikuti tour company dari Sydney (duit berkepuk bolehlah..haha). Rujuk : Blue Mountains - Getting Here
Seperti yang korang tau, aku drive ke sana. Bawak MPV. Tapi
korang tak lah boleh merempit macam kat Malaysia. Bawak kenderaan perlulah dengan
sangat berhemah dan berhati-hati. Janganlah mengada – ngada nak over the speed
limit. Kalau pasang GPS tu, sikit – sikit berbunyi. Kejap ingatkan ade kamera
lah. MERATA – RATA ok! Dan jugak jaga speed limit korang.
Perjalanan ke blue mountain ni mengambil masa dalam 2 jam.
Dari Sydney pergi kearah Motorway M4, kiranya masuk highway lah..lepas tu,
terus cari papan tanda masuk kearah Great Western Highway (Freeway A32). Bila dah
di Freeway A32 ni, korang terus je. Literally TERUS! Takde belok – belok pun.
Freeway ini akan bawa korang ke Wentworth Falls, town pertama di Blue Mountains.
Sebelum tiba di Wentworth Falls, korang akan bertemu dengan small town macam
Penrith, Glennbrook, Brooksland, Falconbridge, Hazelbrook dan baru sampai kat Wentworth
Falls. Di Glennbrook ada I-SITE. So korang boleh berhenti kat situ untuk
bertanyakan informasi terkini atau me’labur’ ke hehe…
Kearah Parramatta |
Tengok kau harga minyak : SYUKUR dok Malaysia weh~ |
Lukisan nampak real! |
Dah sampai Parramatta! |
Gambar tren dua tingkat yang pergi gak ke Blue Mountains |
Kau nak pegi Blue Mountain gak eh? JOM! |
End M4 anda terus masuk ke Freeway A32 |
Dekat dah!!!! ye ke? haha |
Sepanjang perjalanan, banyak betol lori2 Optimus Prime nih. AKU SUKE! haha |
Ok dah tiba di Wentworth Falls dalam tengah hari dah.
Matahari dah terpacak atas kepala. Kami semua tunaikan Zohor dulu. Kasi setel
solat. Nak solat no problem. Korang boleh je solat kat area pangkin2 tu.
Wuduknya ada toilet dekat kawasan tu dan mak aih sejuk sampai ke sumsum (over
tak? Haha).
Memula sampai kat Wentworth Falls ni, ingatkan pekan koboi
je uols. Rupa-rupanya tak! Sebab dari town memang Nampak macam takde benda
tapi, they actuall have a TRUE WATERFALLS!! Air terjun ok! Dah nama Wentworth Falls kan? DUHHHHHHHH?! HAHA. Rupa – rupanya tempat yang kami stop untuk solat
tu adalah Wentworth Falls Picnic Area! Patutlah banyak pangkin2 untuk
makan-makan.
Kawasan meja makan, boleh solat around ni. Orang tak kaco pon. |
The kids~ |
Dari tempat kami solat, kami berjalan lagi masuk kedalam
untuk ke arah Jamison Lookout and Wentworth Falls Lookout. Kedua –dua lookout
ni termasuk dalam kategori ‘Easy Access to View’. Perjalanan memakan masa 10
minit return kira – kira 300 meter gitu. Disini ada pelbagai jenis lookout
point mengikut keupayaan dan masa yang anda ada. Lihat dibawah :
·
Kategori : A Short Walk
o
Princes Walk Lookout (20 minit return)
·
Kategori : Walks Under 2 Hours
o
Fletcher Lookout (40 minit return)
o
To The Top of Wentworth Falls (1 jam return)
o
Princes Rock-Undercliff-Wentworth Falls Circuit
(1.5 jam return)
·
Kategori : Longer Walks
o
National Pass (3 hingga 4 jam circuit)
o
Undercliff-Overcliff Circuit (3 jam circuit)
o
Wentworth Pass (4 hingga 5 jam circuit) – PALING
AGUNG! Hahaha
Jalan ke Jamison dan Wentworth Falls Lookout |
Masa kat Jamison dan Wentworth Falls Lookout, makanya apa lagi sesi wajib? Berposing sakanlah kami semua! Hahaha.. bunyi shutter non stop bertali arus. Gitu elemen drama. Haha. Dah penat lompat2, peace2 mahiridom maka kami pon blah. Ingat, ni baru Wentworth Falls! Tak sampai lagi kat Katoomba ok.
Pemandangan di Wentworth Fall Lookout |
Pemandangan dari Wentworth Falls Lookout |
Salah satu dari circuit yang boleh dicuba |
On the way balik ke kereta, tiba-tiba, jumpa Princes Walk Lookout. jalan masuk dia agak ngeri. Sebab macam kebawah cliff macam tu. Dan kau kena lalu macam denai-denai, hutan-hutan kecil gitu. So, agak seram sikitlah. Dengan masa yang agak sempit ni kan. Maka aku, wife, n adik-adik ipar terus setuju masuk laluan Princes Walk Lookout tu! Magad! 20 minit walk katakaw!!!??????? Fuh. Kami yang FIT sangat ni termengah – mengah walaupun jalan macam menurun cliff kan..turun, turun tak sampai-sampai. Tengok gak jam, kata 20minit return, makanya 10minit patut dah sampai..penat jangan cakap..
Jalan masuk ke Princes Walk Lookout |
TIBA-TIBA…………………………………………………..
MASYAALLAH! SUBHANALLAH!!! Cantiks banget deh!!! Cantik
gilos!! Sambil termengah2 tu, mulut non stop kau cakap cantik cantik cantik,
zikir sikit (elemen itu sangat penting ok!). BERBALOI yakmats! Lupa dah azab
turun tadi. Hahaha. Okay, korang enjoy the views eh…
The REAL Wentworth Falls! |
Overall view : BREATHTAKING! |
Okay, setel tengok view yg maha cantik ni, nak balik, terus
teringat plak azab nak panjat balik cliff tadi! Hahaha.. laluan dia seperti
tangga, so agak selamat. Tapi ada antara laluan tu yang bergenang dek air
gunung makanya licin. So kene berhati – hati. Naik pun dah makan masa. Sampai
kat atas, terus aku pikir standard mana dia amek RETURN 20 MINUTES ni!!!!
Hahaha.. tapi, sesungguhnya sangat berbaloi!
I am not sure kalau korang naik bus atau tren ade stesyen
perhentian yang terdekat. Alhamdulillah dengan driving, korng boleh stop dekat
sini. Syukur.
Sampai kereta, makan pulak dulu. Lunch katanya. Lunch beli
dari Malaysia hall Sydney sajo. Burger besar gile! Kenyang melampau. Dah setel
makan, terus menggelabah untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu KATOOMBA!!!
Nak jumpa kembar 3 uols!
KATOOMBA adalah bandar yang paling famous di Blue Mountains
ni kerana disinilah terletaknya tarikan utama iaitu Echo Point serta Scenic World!
Berminat dengan info lain pasal town Wentworth Falls klik : Blue Mountains
Bersambung……
10 comments:
harga minyak diorang sesuai la untuk perkapita gaji diorang yg sgt awesome. mcm nz jugak, org malaysia ckp myak mahal sini, tpi kalau ikut perkapita gaji kat sini, lebih kurang jew, tambah2 lagi negara diorang ni mmg down under dan xada minyak sendiri, kene import. malaysia kan ada PETRONAS.
Hye pink,
Utk local oz mmg harga berpatutan. I just kata mahal bcoz of our different currency rate. Duit diorng mahal. So mmg xblh elak utk kita ckp mahal.
umakkkaaaiiiii
lamo bona tak buang sawang siniaaa..
hehe
air terjun tuh sahih lawa..ok!!!
dgn batu2 mcm tuh...
bila plak la akak nak kaya-tak-yah-teruk-kije bole jenjalan?
waaaaa.....nanges!!!
kak anash,
wow! mengamcam kan? agak2 spiderman blh singgah x? hahahah
aah kak. syukur sgt decide utk turun jugak ke princes lookout tu. kawasan lookout tu kecik je. mcm anjung rumah cmtu..haha. tp view ngancam!
tu g kuching tu jalan ah tu! haha.. btw MANA gambar file2 yg dah dibaling seperti yg dijanjikan!!!! hahahah..
weh cun gile air terjun nih!! mana lagi entry ko yg lain? pemalas! hahaha
@chawanna
- tudia kene marah dah. hahaha. hait hait! watashi akan siapkan sikit2! hahaha~
ko jgn jadi mcm chawanna, pegi paris tak balik2! ko pegi sydney tak balik2 ni dah kenapa?? sila cite lagi! aku tak dpt pi sume lookout sbb kes salji satu hari tu! pfft! sadis sgt!
wenworth falls ni dlm list lookout aku, arghhh!
@biqque
- dier kan dah jd parisiens kekdahnya! haruslah roh tinggal kat sana. bdn je yg balik mesia. hahaha. iallah. aku akan smbng. tgh excited balik menulis ni! hahaha. yup. ms aku n wife tau pasal snow ko tu kitorng pon mcm 'argh sygnya!' tp nk wat cmne. ko bukan STORM (x-men) pun.. bahaha
@Pink Diary: siapa kata down under takde minyak...sykt Santos tu diorang la punye, Petronas siap JV dgn Santos utk exploration kt sana lagi.
@abbazeef: cantik gile view wentworth fall tu bro
@anon
- tudia. 1st time dgr nama santos ni. haha. yup. cntik weh. serene je pemandangan. ms kitorng g tu sejuk n cuaca sgt best. dok mengadap pemadangan mcm ni phew. heaven. kne lak hot choc ke kan. hahaha
Post a Comment