Pages

Friday, 29 March 2013

DOWN UNDER - SYDNEY (DAY 2 - WENTWORTH FALLS)

ASSALAMUALAIKUM dan GOOD DAY semua!

Boleh tak nak cakap yang dekat lima bulan genap yang aku ni lupa aku ada blog nak kena update? Hahahahaha. Maaf ya semua. Rasanya kalau mintak maaf banyak-banyak pon sapelah yang nak kesahkan? Bahaha.. 

Okay. Kita sambung story di Sydney. Hari ni merupakan second day di Sydney. After a very long day semalam menjengah area Central Business District di Sydney, hari ni kita pergi jauh sikit dari kota. Kita ke BLUE MOUNTAIN! YEAY! Nanti aku akan story mory, nape lah gunung biru ni (yg nan hado pon birunya) WAJIB korang pegi! 

Okay. Seperti biasa kitaorg semua gerak lambat. Haha. Dengan breakfast lagi, siap2 lagi..makan masa jugak. Tapi kawasan Malaysian Hall Sydney ni quite best. Walaupun berdepankan stable lumba kuda, aku tak tau kenapa macam ala2 fresh plak udara kat sini. Haha. Ke sebab sejuk? But area best. Tak bising, such a great ambience untuk menginap. Moh jangan banyak cite, kita start gerak ke Blue Mountain! 

Sydney Central Station kat sebelah kiri tu...
 
Bandar Sydney
Untuk pengetahuan semua, Blue Mountain ni terletak betul-betul ke barat dari Bandar Sydney. Merupakan antara aktiviti excursion yang wajib dilakukan bila anda menjejakkan kaki ke Sydney. Korang jangan tak tahu, Blue Mountain ni telah disahkan menyertai UNESCO WORLD HERITAGE AREA pada tahun 2000! Dengan pengiktirafan ini, makanya SANGAT rugi jika anda tidak meluangkan masa untuk melawat tempat ini. 

Baik, jarak dari Sydney ke Blue Mountain ni adalah lebih kurang 110km gitu. Ada banyak cara untuk ke sana; kereta, bas, tren ataupun mengikuti tour company dari Sydney (duit berkepuk bolehlah..haha). Rujuk : Blue Mountains - Getting Here


Seperti yang korang tau, aku drive ke sana. Bawak MPV. Tapi korang tak lah boleh merempit macam kat Malaysia. Bawak kenderaan perlulah dengan sangat berhemah dan berhati-hati. Janganlah mengada – ngada nak over the speed limit. Kalau pasang GPS tu, sikit – sikit berbunyi. Kejap ingatkan ade kamera lah. MERATA – RATA ok! Dan jugak jaga speed limit korang. 

Perjalanan ke blue mountain ni mengambil masa dalam 2 jam. Dari Sydney pergi kearah Motorway M4, kiranya masuk highway lah..lepas tu, terus cari papan tanda masuk kearah Great Western Highway (Freeway A32). Bila dah di Freeway A32 ni, korang terus je. Literally TERUS! Takde belok – belok pun. Freeway ini akan bawa korang ke Wentworth Falls, town pertama di Blue Mountains. Sebelum tiba di Wentworth Falls, korang akan bertemu dengan small town macam Penrith, Glennbrook, Brooksland, Falconbridge, Hazelbrook dan baru sampai kat Wentworth Falls. Di Glennbrook ada I-SITE. So korang boleh berhenti kat situ untuk bertanyakan informasi terkini atau me’labur’ ke hehe…

Kearah Parramatta
Tengok kau harga minyak : SYUKUR dok Malaysia weh~
Lukisan nampak real!
Dah sampai Parramatta!
Okay, sambung tengok gambar lagi!

Gambar tren dua tingkat yang pergi gak ke Blue Mountains
Kau nak pegi Blue Mountain gak eh? JOM!
End M4 anda terus masuk ke Freeway A32
Dekat dah!!!! ye ke? haha
Sepanjang perjalanan, banyak betol lori2 Optimus Prime nih. AKU SUKE! haha
Ok dah tiba di Wentworth Falls dalam tengah hari dah. Matahari dah terpacak atas kepala. Kami semua tunaikan Zohor dulu. Kasi setel solat. Nak solat no problem. Korang boleh je solat kat area pangkin2 tu. Wuduknya ada toilet dekat kawasan tu dan mak aih sejuk sampai ke sumsum (over tak? Haha). 

Kawasan meja makan, boleh solat around ni. Orang tak kaco pon.
The kids~
Memula sampai kat Wentworth Falls ni, ingatkan pekan koboi je uols. Rupa-rupanya tak! Sebab dari town memang Nampak macam takde benda tapi, they actuall have a TRUE WATERFALLS!! Air terjun ok! Dah nama Wentworth Falls kan? DUHHHHHHHH?! HAHA. Rupa – rupanya tempat yang kami stop untuk solat tu adalah Wentworth Falls Picnic Area! Patutlah banyak pangkin2 untuk makan-makan. 

Dari tempat kami solat, kami berjalan lagi masuk kedalam untuk ke arah Jamison Lookout and Wentworth Falls Lookout. Kedua –dua lookout ni termasuk dalam kategori ‘Easy Access to View’. Perjalanan memakan masa 10 minit return kira – kira 300 meter gitu. Disini ada pelbagai jenis lookout point mengikut keupayaan dan masa yang anda ada. Lihat dibawah :
·         Kategori : A Short Walk
o   Princes Walk Lookout (20 minit return)
·         Kategori : Walks Under 2 Hours
o   Fletcher Lookout (40 minit return)
o   To The Top of Wentworth Falls (1 jam return)
o   Princes Rock-Undercliff-Wentworth Falls Circuit (1.5 jam return)
·         Kategori : Longer Walks
o   National Pass (3 hingga 4 jam circuit)
o   Undercliff-Overcliff Circuit (3 jam circuit)
o   Wentworth Pass (4 hingga 5 jam circuit) – PALING AGUNG! Hahaha

Jalan ke Jamison dan Wentworth Falls Lookout



































Masa kat Jamison dan Wentworth Falls Lookout, makanya apa lagi sesi wajib? Berposing sakanlah kami semua! Hahaha.. bunyi shutter non stop bertali arus. Gitu elemen drama. Haha. Dah penat lompat2, peace2 mahiridom maka kami pon blah. Ingat, ni baru Wentworth Falls! Tak sampai lagi kat Katoomba ok. 

Pemandangan di Wentworth Fall Lookout
 
Pemandangan dari Wentworth Falls Lookout

 
Salah satu dari circuit yang boleh dicuba

On the way balik ke kereta, tiba-tiba, jumpa Princes Walk Lookout. jalan masuk dia agak ngeri. Sebab macam kebawah cliff macam tu. Dan kau kena lalu macam denai-denai, hutan-hutan kecil gitu. So, agak seram sikitlah. Dengan masa yang agak sempit ni kan. Maka aku, wife, n adik-adik ipar terus setuju masuk laluan Princes Walk Lookout tu! Magad! 20 minit walk katakaw!!!??????? Fuh. Kami yang FIT sangat ni termengah – mengah walaupun jalan macam menurun cliff kan..turun, turun tak sampai-sampai. Tengok gak jam, kata 20minit return, makanya 10minit patut dah sampai..penat jangan cakap..

 
Jalan masuk ke Princes Walk Lookout


TIBA-TIBA…………………………………………………..

MASYAALLAH! SUBHANALLAH!!! Cantiks banget deh!!! Cantik gilos!! Sambil termengah2 tu, mulut non stop kau cakap cantik cantik cantik, zikir sikit (elemen itu sangat penting ok!). BERBALOI yakmats! Lupa dah azab turun tadi. Hahaha. Okay, korang enjoy the views eh… 

The REAL Wentworth Falls!
 
Overall view : BREATHTAKING!
Close up sikit
Okay, setel tengok view yg maha cantik ni, nak balik, terus teringat plak azab nak panjat balik cliff tadi! Hahaha.. laluan dia seperti tangga, so agak selamat. Tapi ada antara laluan tu yang bergenang dek air gunung makanya licin. So kene berhati – hati. Naik pun dah makan masa. Sampai kat atas, terus aku pikir standard mana dia amek RETURN 20 MINUTES ni!!!! Hahaha.. tapi, sesungguhnya sangat berbaloi! 

I am not sure kalau korang naik bus atau tren ade stesyen perhentian yang terdekat. Alhamdulillah dengan driving, korng boleh stop dekat sini. Syukur.
Sampai kereta, makan pulak dulu. Lunch katanya. Lunch beli dari Malaysia hall Sydney sajo. Burger besar gile! Kenyang melampau. Dah setel makan, terus menggelabah untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu KATOOMBA!!! Nak jumpa kembar 3 uols! 

KATOOMBA adalah bandar yang paling famous di Blue Mountains ni kerana disinilah terletaknya tarikan utama iaitu Echo Point serta Scenic World!

Berminat dengan info lain pasal town Wentworth Falls klik : Blue Mountains

Bersambung……

10 comments:

Pink Diary said...

harga minyak diorang sesuai la untuk perkapita gaji diorang yg sgt awesome. mcm nz jugak, org malaysia ckp myak mahal sini, tpi kalau ikut perkapita gaji kat sini, lebih kurang jew, tambah2 lagi negara diorang ni mmg down under dan xada minyak sendiri, kene import. malaysia kan ada PETRONAS.

abbazeef-wanderlust said...

Hye pink,
Utk local oz mmg harga berpatutan. I just kata mahal bcoz of our different currency rate. Duit diorng mahal. So mmg xblh elak utk kita ckp mahal.

Anash said...

umakkkaaaiiiii
lamo bona tak buang sawang siniaaa..

hehe
air terjun tuh sahih lawa..ok!!!
dgn batu2 mcm tuh...

bila plak la akak nak kaya-tak-yah-teruk-kije bole jenjalan?
waaaaa.....nanges!!!

abbazeef-wanderlust said...

kak anash,

wow! mengamcam kan? agak2 spiderman blh singgah x? hahahah

aah kak. syukur sgt decide utk turun jugak ke princes lookout tu. kawasan lookout tu kecik je. mcm anjung rumah cmtu..haha. tp view ngancam!

tu g kuching tu jalan ah tu! haha.. btw MANA gambar file2 yg dah dibaling seperti yg dijanjikan!!!! hahahah..

Chawanna Na said...

weh cun gile air terjun nih!! mana lagi entry ko yg lain? pemalas! hahaha

abbazeef-wanderlust said...

@chawanna
- tudia kene marah dah. hahaha. hait hait! watashi akan siapkan sikit2! hahaha~

Biqque said...

ko jgn jadi mcm chawanna, pegi paris tak balik2! ko pegi sydney tak balik2 ni dah kenapa?? sila cite lagi! aku tak dpt pi sume lookout sbb kes salji satu hari tu! pfft! sadis sgt!

wenworth falls ni dlm list lookout aku, arghhh!

abbazeef-wanderlust said...

@biqque
- dier kan dah jd parisiens kekdahnya! haruslah roh tinggal kat sana. bdn je yg balik mesia. hahaha. iallah. aku akan smbng. tgh excited balik menulis ni! hahaha. yup. ms aku n wife tau pasal snow ko tu kitorng pon mcm 'argh sygnya!' tp nk wat cmne. ko bukan STORM (x-men) pun.. bahaha

Anonymous said...

@Pink Diary: siapa kata down under takde minyak...sykt Santos tu diorang la punye, Petronas siap JV dgn Santos utk exploration kt sana lagi.

@abbazeef: cantik gile view wentworth fall tu bro

abbazeef-wanderlust said...

@anon
- tudia. 1st time dgr nama santos ni. haha. yup. cntik weh. serene je pemandangan. ms kitorng g tu sejuk n cuaca sgt best. dok mengadap pemadangan mcm ni phew. heaven. kne lak hot choc ke kan. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...