Pages

Tuesday, 10 April 2012

SEOUL IN MY SOUL - PERSIAPAN (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!!!

Untuk Bahagian 1 klik SINI

Moh kita sambung sesi persiapan untuk kita ke Seoul..hehe…after post nih, boleh lah kita pack barang n tuju LCCT! Hahahahahaha

Persiapan 3 : Menyiapkan itinerary

Bagi saya, proses menyiapkan itinerary ni paling ganas dan dasat! Sebab ape, sebab itinerary ke Seoul ni hanya disiapkan dalam masa 2 hari sahaja! Habis hilang focus kat tempat keje. Hahahaha… ade free time je ngadap itinerary nih. Bayangkan 2 hari suntuk buat benda ni je. Otak pon dah terset ke Seoul. Hahahaha…

Disini saya listkan sumber2 di mana saya merujuk :



Setiap kali before g travel mana - mana, website ni lah yang akan saya rujuk. wikitravel ni secara kasarnya akan bagi kita rough idea tentang apa yang ada ditempat tersebut. Content yang diberikan tidaklah sedetail mana, tapi cukup memberikan kita sekali imbas berkenaan tempat tersebut.



Bertemakan 'KOREA : BE INSPIRED' sememangnya website ni banyak membantu saya. Segala mcam informasi yang diperlukan boleh diperoleh disini. memang sangat2 bagus. Malah anda boleh cilok sendiri itinerary yang dicadangkan oleh KTO. very detail. Malah website ni ada jugak TRAVEL PLANNER !!


Nah..dah senang bukan? cuma adjust dengan lokasi hotel korang and wallah! korang dah ada itinerary sendiri!! HEBAT kan? Lagi 1 features yang terkini yang bagi saya sangat best adalah seksyen E-BOOK!!!! Klik sini .


Bila tengok banyak2 feature baru ni baru teringat yang diorang memang tengah promote habes South Korea untuk tourism. Rasanya memang diorng full force untuk tahun 2011 - 2012 as Korea tourism year. Malah masa kami ke Seoul hari tu, banyak usaha tengah dijalankan untuk meng'english'kan papan kenyataan di sana.

Yang baik jugak pasal KTO ni, coz diorang ada sediakan jugak Volunteer Tour Guide! ha...sukelah korang kan? diorang ni jugak dikenali dengan nama Goodwill Guide (klik sini)

  

Goodwill Guides are volunteer guides who help visitors to Korea to communicate in various situations. They attend festivals and events together with visitors, provide free guide services, assist with communication in various ways, and participate in cultural exchanges. As of December 31, 2009, 682 Goodwill Guides are registered with the Korea Tourism Organization. If you would like to make your visit to Korea even more worthwhile and memorable, arrange for a Goodwill Guide to accompany you on your individual trip. When you request their help, our volunteer guides will respond warmheartedly, with excellent command of foreign languages.

 Hah! Ape lagi? Cepatlah contact diorang! hehe.




SEOUL SMRT adalah pengangkutan MRT antara yang paling bagus n extensive bagi saya. Networknya sangat luas dan berselirat! Nampak kompleks, tapi sebenarnya senang sangat nak faham. Tapi yang paling penting anda kene ingat WARNA LINE dan EXIT NUMBER! Itu sangat2 penting. Kalau tersalah exit memang NAYA! Dan setiap kali bertukar line, anda kene menapak BANYAK! wahahaha..serius. Sebab tu orang2 korea ni sume sihat2 belaka. Naik LRT je dah mcm maraton! hahaha....

Dan panduan dalam website ni SANGATLAH HEBAT! Ternganga aku tengok betapa bagusnya diorng ni. Dalam cyberstation nih, sangat senang untuk kita estimate masa, kos dan panduan perjalanan. (klik sini)


Selain itu terdapat juga blog2 pilihan yang sememangnya memberikan 1st hand experience berkenaan Seoul. Antara blog yang saya sangat admire adalah blog  



Anda boleh tanya direct pada tuan empunya blog berkenaan Seoul. InsyaAllah akan dijawab dengan sebaiknya.

Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian berkenaan sumber yang saya rujuk dalam merangka travel itinerary saya. Semoga ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada anda semua yang masih lagi dalam keadaan terkapai2 untuk merancang percutian anda sendiri di Seoul! 

Insyaallah, bertemu kita di lain masa dan ketika, di Seoul! NEXT! InsyaAllah. hehe...ARE U READY????!!!!! =P

Wassalam. TQ for reading!!!!

abbazeef_wanderlust
"anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...