Pages

Monday, 29 October 2012

DOWN UNDER - SYDNEY (DAY 1)

Assalamualaikum dan good day guys!!!


Baik, moh kita sambung perjalanan kita kat Sydney nih. Abes je menggelabah blaja cmne nk drive, pusing 2 kali airport tu semata2 nak cari jalan kuar akhirnya, dptlah gak sambung perjalanan ke tempat penginapan kami. Korng tau kan yg kat Oz nih sgt lah strict undang2 jalan rayanya, smpi kan kitorng punya berhati2 nk drive. 1st time mmg tensyen, lama2 ok lah. Eh dah gtau blom yang kat Sydney ni kitorng sume menginap kat MALAYSIA HALL SYDNEY!!! Hahaha..dah bawak 11 orang kan? So nih lah antara accommodation yg in bajet. =D

Sepanjang perjalanan g sana seperti biasa agak jakun melihat negara omputih ni. Haha..before nih asyik ASEAN je kan..1st impression, Sydney quite pack. Tp cntik dan bersih. Jom layan gmbr2 sepanjang jalan ke Malaysia hall Sydney tu…


Belambak bangunan kat sana yang pakai brick mcm ni
Dah xjauh dah...

Tgk lah harga minyak, untuk korng bajet penggunaannya. Simpan resit, kadang2 dpt DISKAUN!
Sedikit info pasal Malaysia Hall ni, Malaysia Student Department Australia ada sediakan dua Malaysia hall kat Australia. Satu di Sydney ni dan 1 lagi di Melbourne. So sape2 yang nk ke dua – dua tempat nih boleh lah menginap kat sini. Untuk Malaysian Hall Sydney, urusan tempahan boleh hubungi Kak Nani di myhallsydney@msda.org.au atau layari website Malaysia Hall Sydney by changing emails with her, aku tau yg dier nih a nice lady. Korang isi je borang ni Borang Penginapan bukan Pelajar atau Telefon : +612 9399 9970 /  Fax : +61 9398 553. 
 
Alhamdulillah..sampai!
Dlm kol 10 lebih cmtu sampai lah kitorng kat depan Malaysia hall Sydney tu. Sampai2 blur jap. Sbb ofis hall tu tutup! Dah katanya hari raya kan. Hahaha.. mulalah aku melilau tanya student2 yg ada kat situ and diorng ckp tunggu jap coz house secretary akan dtg and entertain kitorng. Xlama lepas tu, muncullah Cik Safiyyah! She is a master student kat UNSW, amek structural engineering. She’s the one yg uruskan check in kitorng. Tips : utk sape2 yg masih student lagi, bawaklah kad matrik korng coz utk student mmg ade diskaun. So dptlah wife n adik2 ipar aku diskaun. Korng xblh request bilik. Diorng akan bagi korng bilik berdasarkan kpd jantina dan status korng. Basically all guys kat tingkat bawah dan girls tingkat atas. Bilik utk couple dah kawen, xkawen dan big group akan ditentukan oleh mereka. Aku rs hall ni dah mcm syariah compliance dah. Hahahaha. Kitorng dpt 2 blik, 1 bilik besar yg ade 8 bed yg terletak kat guys area and 1 bilik family utk family abg ipar aku kat girls area. In terms of facilities sgt bgs. Ade surau (kat girls area), bilik washing machine + dryer, ade peti ais (dairy and non dairy) – aku xpasti nape nk kene asing2 ni. Hahaha, ade common area utk rilek2 tgk tv, and ade café! Café dier ade 2 chef yg dtg utk sediakan sarapan pagi, late lunch and dinner. Kalo korng mls nk cr makan2, korng blh order dr chef ni. Tp kene order a day before or awal coz diorng mmg prioritize utk ‘anak2 saya’ kata chef ni hahaha..

Menu yang korang boleh order
Kedudukan Malaysia hall ni btol2 tepi jalan kat Alison Rd, Randwick tu. Tp kene hati2 coz pintu masuk dier sgt tricky. Nyaris2 terlepas. Haha..tp for sure korng blh jmpe punye. Btol2 je after stesen minyak pertama sebelah kiri tu adalah pintu masuknya. 


Tapi kecoh punya dasat sampailah aku lupe nak snap interior MH ni! Haha.. tp korang boleh rujuk blog Kakiberangan! Lepas dptkan bilik dan solat, dok lepaskan lelah jap, then masa untuk makan!!! Masa diorng tengah rehat2 tu, aku pon risik2 lah mana tmpt mkn halal yg dekat. So one of the student tu suggest 1 tmpt, namanya TASTE OF THAI, so makanya terus berdesup ke sana. Dah lapar ok! Xjauh dr Malaysia hall. Kalo jalan kaki 15min, drive 5 min dah smpi. Boleh rujuk websitenya disini http://tasteofthai-randwick.com.au/. Dijamin HALAL semestinya!      

Dah jumpa tmpt yg jd masalahnya adalah nk parking lak!!! 3 kali pusing br jmpe parking ok. Ni sume gara2 tiang ni! Hahaha. Antara yg aku blaja kat Sydney ni adalah cmne nk baca tiang keramat ni! Hahaha. Ok jom ilmu tiang 101. Haha

1st tgk block plg atas skali. Dier ckp no stopping between 4-6pm from Monday till Friday. So NO NO dari tiang tu kanan dan kekiri ko nak parking dalam julat masa di hari2 itu. Pahe? Orait utk block kiri, dari kedudukan tiang ni ke kiri no parking at all! Dr tiang ke kanan lak, hanya blh parking di masa yang tertera dan P tu kalo tulis ½P = 30 min, 1P = 1 jam dan 2P = 2 jam. Parking free. Lg dekat dgn bndr / dlm bndr mmg 1/2P jela memanjang! Haha. Abg ipar aku berjaya cari yang 1P tp kene menapak jauh skit. Aku lak 1/2P btol2 depan restoran tu. 


Masuk kedai tu dah namanya TASTE OF THAI cnfirmlah kan makanannya Thai. Harga between 8aud – 11aud, tp portion MASYAALLAH besar n sedap! Mkn ala2 kelahap gergasi kekdahnya! Hahaha.. 

Open kitchen stylenya!
Ayam mak datuk mcm serve sekor!
BURPPPPPPPPPPP!!! Ops, Alhamdulillah. =D Dah abes makan dalam kol 2.00pm, terus bergegas ke Sydney Opera House! Yeay!
 


Sydney Opera House (1957 - 1973) is a masterpiece of late modern architecture. It is admired internationally and proudly treasured by the people of Australia. It was created by a young architect who understood and recognised the potential provided by the site against the stunning backdrop of Sydney Harbour. Denmark’s Jørn Utzon gave Australia a challenging, graceful piece of urban sculpture in patterned tiles, glistening in the sunlight and invitingly aglow at night. Jorn Utzon died in Copenhagen in November 2008 aged 90. In its short lifetime, Sydney Opera House has earned a reputation as a world-class performing arts centre and become a symbol of both Sydney and the Australian nation. 


Dan masa research2 ni baru aku tau yang bangunan ni adalah salah satu UNESCO World Heritage site! Huahuahua~


Dah kitorng drive kan, maknanya kenelah parkingkan? Maknanya it is a NIGHTMARE ok!!!! Kitorng parking betul – betul kat bawah Sydney Opera House, tapiiiiiiiiiii…..


Tudia tudia!!! Nampak harga parking? Mak datuk nenek MAHAL GILOS! Hahaha.. bayangkan kitorng over 4 jam dan 2 kete plak tu? Mmg NICE! Kalo korang drive dan nak park kat dalam Bandar Sydney, korang boleh refer website ni http://www.wilsonparking.com.au/ . dah sampai sana apa lagi kejenya, snap2 jelah! Haha.. ada café korang blh dok lepak2. Cozylah, dengan sejuknya lagi kan? 

Welcome2!

Lepas dah mengenyam kat Sydney Opera House tu, kitorang pon berjalan lah menuju ke CIRCULAR QUAY (read as KI / KEY and definitely not KUEY as kuey teow goreng!). Disepanjang jalan ke Sydney Ferry Harbour yang ada kat Circular Quay tu, ada kedai2 mcm kedai jual UGG (read URGHHH! Not U.G.G!) dan café jual one of the best hot chocolate yg aku penah minum kat sebelah kedai UGG tu! Mihmihmih. Sedap gilos ok! 

MARI BERJALAN!
Aku xtau burung ape ni tapi skali mengepak besar ok!
Circular Quay!

Di Sydney Ferry Harbour, ada banyak terminal, tapi kitorng pilih terminal 5 sebab nak ke DARLING HARBOUR! Untuk panduan public transport di Sydney boleh rujuk http://www.131500.com.au/ .Return tix ke Darling Harbour harganya AUD11. Nape aku pilih route ni sbb 1) boleh amek gmbr Sydney Opera House 2) boleh lalu bawah Harbour Bridge! 3) aku nak g Harbourside yg ada Hard Rock Café! Mihmihmih.

Baru lepas scan tiket

Sydney Ferry Harbour
Hye GOLDEN GROOVE!
Welcome Aboard! AYE AYE CAPTAIN!
Ok enjoy scenery sepanjang perjalanan! Snap! Snap! Cantik dan sejuk!!! BBBBrrrrrr~


HARBOUR BRIDGE!

Silhouette Sunset~
Besi : GAGAH!
Aku nak rumah mcm ni!!!!

Dah sampai kat Darling Harbour tu, makanya berjalanlah kita. Such a very hype area! Belambak2 café dan bistro. Menahan nafsu kerana xtau halal haram. Haha. Kat sinilah adanya Cockle (kerang ok!) Bay Wharf, IMAX Theatre, Sydney Aquarium, Australian National Maritime Museum, Sydney Convention and Exhibition Centre and finally Harbourside Shopping Centre! Ha, kat sini terus tuju Rock Shop! Yeay, beli t-shirt untuk diri sendiri and wife. Tips : saiz kecik2 mmg sold out and jarang ada. so saiz2 besar je belambak.Tensyen aku cari utk kawan aku ni. And my family yang lain memborong UGG boots! Hehe. Persediaan NZ katanya! Hehe..  

Darling Harbour! nak dekat dah!
BATU KERAS!



the SCARY LUNA PARK! =D
AKU
KAU
KAMI!

Dah penat melanting2 duit, so moh kita balik and tido! Penat dah!

Esok kemana kita? TUNGGUUUUUU!!!!!

Bersambung…….



Wassalam. TQ for reading!!!!



abbazeef_wanderlust

"anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia!"

Sunday, 28 October 2012

AIRASIA FREE SEATS are back!

ASSALAMUALAIKUM and great day guys!


tudia tudia!!!! Airasia telah membuat KEZUTAN di hari kita menyambut HARI RAYA AIDIL ADHA. i've publicly announced it on my fb page abbazeefwanderlust (dah like ke blom? ngeh3). and now the time has come! mlm ni approximately jam 00:00 GMT +8, maka akan bermula lah battle utk mendapatkan tiket. the travel period as i expected. =D

bagi yg nk flight domestik, blh tido dulu lah, coz selalunye berlambak gile free seat n org2 lain fokus more to international flight. ingat lagi pengalaman 1st time battle ni, kol 4 pagi baru dpt tido dgn tenang lepas beli tix ke Hong Kong! =D

bagi yang nak beli tiket, pastikan cek travel period, weather, season dan lain2 yg dipikirkan perlu. xnak lah g satu tempat tu, asyik hujan je memanjang sbb monsoon season kan? so DO YOUR RESEARCH GUYS! 

oklah. GOODLUCK to all!. i'll pass this offer. coz nk menabung utk next year GRAND PROJECT! hehe.. n jangan lupe utk share sape2 yg dah beli tix tu eh! 

till then, 

Wassalam. TQ for reading!!!!

abbazeef_wanderlust
"anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia!"


Saturday, 20 October 2012

SUPRISE SUPRISE!!!!!

ASSALAMUALAIKUM uolsz!!! 

BEBEL : Tu dia menggedix dah lama x update blog kan? Sorry sgt2, saje je membizikan diri dgn keje yg belambak kat lab tu. Dengan audit ISO n kejadah2 lainnya, makanya baru lah aku ada masa nk update ni. Lgpon tetiba mendapat energy baru. (lately dpt byk ilham dan support dr my inner circle) hahahaha…btw kali ni boleh x nak minx izin nk tangguhkan dulu posting pasal korea tu? (matila..punye penat buat poll and org vote, tetiba kau nk tangguh2 post kan?) hiuhiu. Nnti kita sambung balik ok. Janji! Hehe

Sebenarnya sgt2 excited coz nk buat post baru ni nak share my experiences masa beraya di PERANTAUAN!!! Haha.. 1st time neh. And its AUSTRALIA AND NEW ZEALAND UOLSZZ!!!!! Hahaha.. specifically the route will be Sydney -> South Island, New Zealand -> Melbourne! Kekdahnya hanya nk melawat auntie my wife n her family kat Melbourne, tetiba tersesat tros ke tempat2 lain! Hahaha.. the journey took 13 days include 2 traveling days from 20th August 2012 till 1st September 2012. I will scrutinize as much detail that I can, Insya Allah. But please bare with me, that this travelogue will be a long one! Hahaha. BERTABAHLAH!

OK. Travel kali ni speselnya sbb it is a family vacay! But bukan berdua, bertiga mahupun berempat! Tapi berSEBELAS!!! Hahaha..ramai kan? Gigih aku plan semua bnda utk sebelas org. dari sekecik2 baby 1 tahun smpilah atuk wife aku yg umurnya 80tahun! Tgk 80 tahun still berjalan ok! 

DAY 1

Ha..kan masa ni Raya kedua kan? Awal2 pagi gigih dah aku n wife bangun then menuju ke ANIMAL HOUSE, UPM! Tu dia. Hari raya org g OPEN HOUSE, aku lak g ANIMAL HOUSE! Hahaha.. tula penangan amek Phd dan buat lab work masa raya ok! Ade org lepas solat Aidilfitri then teros gi makmal? Gigih kan? Hahaha.. smpi lab, bg tikus2 tu makan, then setel! 


makan jgn xmakan ok!
happy raya uolsz!
 Pastu dlm kol 11am, TEROS BALIK KUALA PILAH lak!!! Dush! Jiwa kacau arini ni. Speed g pilah, salam2 org, minx izin dan doa org tua agar selamat perjalanan, pastu dlm kol 3 cmtu balik KL balik! Yeargh~. Awal2 lagi dah bwk segala beg dlm kete, terus ke Kajang, umah abang ipar aku. Smpi dlm kol 5 terus rest! Fu…penat. 

Then dlm kol 8 lepas magrib cmtu, van yg ditempah pon datang. Beg2 luggage jgn citelah punyelah byk nak mamp! Naseb baik xsenget van tu! Hahaha..perjalanan smooth as silk ke LCCT. Smpi2, tunggu in laws dtg, beli makan2 skit, check-in beg, lepas imigresen, lepas scan beg, then tros boarding area. Flight gerak kol 11.55pm. Jalan punyela berlenggang kangkung, g toilet hepi2, tapi rupe2nye FINAL CALL OK!!!! Siap berannounce2 nama lg! penatlah org Airasia tu nk announce 11 nama! Hahaha. Dah lepas periksa tiket, ape lg, marathon lah! Ya Rabbi! Diorng ni mmg park AirasiaX punye flight jauh2 eh???!!! Pfffttt!!!!! Semput ok! Sbgi ketua rombongan haruslah aku g dulu n tahan siap2 kalo diorng nk tutup pintu tu kan! Hahaha..nk tmbh azab hujan lagi ok! Hahaha…

Masuk flight then drama angkut hand carry berlangsung! Kalo korng tgk beg2 hand carry yg 11 org tu, kmfem korng akan terkejut! Haha.. bygkan org yg dah duduk blh bgn n bg penghormatan utk aku sumbat segala mak nenek beg kat atas tu! Dgn penumpang lain yg beratur masuk je lg! haha..abes drama, dpt tmpt duduk, terus rest. Fuh…n OFF WE GO!!! Bc doa ok. Smg slmt perjalanan. Then ape lagi….ZZZzzZZZzzZzZZZzzzZ~

DAY 2

Start with solat subuh di atas awan! (fefeeling mcm goku! Hahaha). Tips : kau kene solat super cepat, jgn lengah2 coz flight terbang merentas masa! So time frame utk solat sgt pendek! So cepat2 amek wudhuk kat dlm toilet tu, splash splish ape yg patut, then solat. 

subuh uolsz!..cntik!

Alhmdulillah. Setel solat, xlama lepas tu diorng serve breakfast. Korng tau kan yg AirAsia skang blh beli 2 food online? Sebijik dah mkn ms awal2 naik td skang dier serve lg 1. Alhmdulillah. Sedap. 

AirasiaX membelah awan~

Then dier bagi declaration card mcm tu. So tlg lah declare sgl bnda yg korng bwk! Baik declare. Kalo x, padahnya nnti kau je yg tau! Byk insiden yg aku kene pasal declare2 ni. Haha..nnti cite. 

aku suke duduk sebelah tingkap...

 So dlm 9.20am touch down kat KINGSFORD SMITH INTERNATIONAL AIRPORT! Yeay! Imigresen xde prob, kastam ok. Yg paling best 1st time experience ade anjing2 cium2 beg kita ni kan! Tp anjing tu tersngtlah kiut!!! Dier lalu je…stop2 kejap (dub dab) jalan lg..fuuuu…haha.. then kene serahkan declaration card td. Dier akan Tanya lah, so jwblah dgn jujur ye..hahaha..kuar dr tmpt tu terus ke arrival area! Oh dah smppi Sydney!!!! Hehe

AYAH : QUANtas , ANAK : jetstar!
 
excited smpi ok!
 
ni nak menuju ke arrival area~
 Sepanjang kat sana kitorng sewa keta and we use AVIS!!!! Really recommended! 

kuar je arrival area, kaunter dier belah kiri
Sng berurusan! N masa ko buat reservation pon xpyh byr pape kalo xsilap. Isi online jeh.. tunggu kete siap. Amek pakej lengkaplah seperti biasa. Kete + GPS + full insurance (ini recommended! Biar mahal, tp if anything happen, u dah xpyh byr pape) + child and infant seat (kat sini wajib amek. X amek, kene saman padan muka! Hahahaha…

Sebelum kita g kete, kita g dulu mencari…..INI!!!! OPTUS! 


Aku rs diorng ni pro-APPLE kot. Haha.. kat sini ade pakej AUD2 per day utk UNLIMITED CALL, SMS AND DATA WITHIN AUSTRALIA!!! UNLIMITED OK! Owh aku sgt suke!!!! Hahaha… masa nk beli tu ko ckp lah nk pakej 2aud per day. N pakej ni hanya utk iphone shj!!! Haha.. minx siap2 microsim, byr AUD10 (minimum) blh gune utk 5 hari. Dier akan minx detail passport n everything dier akan uruskan. Utk pakej blackberry mahal! Xsilap dlm AUD49 cmtu unlimited per month. Untuk ipad pon ade gak. Xingt caj bape..

Then tros ke parking kete Avis, just keluar dr arrival area then opposite main airport building tula tmpt parking nya. Mencari ket, jumpe, then masa untuk blaja cmne nk handle kete tu! Hahaha… kitorng amek KIA CARNIVALE! Besar gile. Driver sebelah kanan mcm Malaysia, yg beza cume gear and hand brake jeh. Gear D ade D Normal, D +1 dan D +2. Haha..then hand brake lak, STOP (pijak smpi abes most left pedal) and bile nk gerak tarik smthing mcm ko nk bukak engine cover kat kete mesia ni. (hope phmlah! Haha). And GPS diorng pkai GARMIN so xde problem lah kot. Hehe.. 

mari belajar!
 
eh, peace uols!
 And bermula lah perjalanan menuju ke penginapan kami...dimana? teruskan follow! tq! 

ODW ke .........
 Bersambung…….

Wassalam. TQ for reading!!!!

abbazeef_wanderlust
"anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia!"



Tuesday, 10 April 2012

SEOUL IN MY SOUL - PERSIAPAN (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!!!

Untuk Bahagian 1 klik SINI

Moh kita sambung sesi persiapan untuk kita ke Seoul..hehe…after post nih, boleh lah kita pack barang n tuju LCCT! Hahahahahaha

Persiapan 3 : Menyiapkan itinerary

Bagi saya, proses menyiapkan itinerary ni paling ganas dan dasat! Sebab ape, sebab itinerary ke Seoul ni hanya disiapkan dalam masa 2 hari sahaja! Habis hilang focus kat tempat keje. Hahahaha… ade free time je ngadap itinerary nih. Bayangkan 2 hari suntuk buat benda ni je. Otak pon dah terset ke Seoul. Hahahaha…

Disini saya listkan sumber2 di mana saya merujuk :



Setiap kali before g travel mana - mana, website ni lah yang akan saya rujuk. wikitravel ni secara kasarnya akan bagi kita rough idea tentang apa yang ada ditempat tersebut. Content yang diberikan tidaklah sedetail mana, tapi cukup memberikan kita sekali imbas berkenaan tempat tersebut.



Bertemakan 'KOREA : BE INSPIRED' sememangnya website ni banyak membantu saya. Segala mcam informasi yang diperlukan boleh diperoleh disini. memang sangat2 bagus. Malah anda boleh cilok sendiri itinerary yang dicadangkan oleh KTO. very detail. Malah website ni ada jugak TRAVEL PLANNER !!


Nah..dah senang bukan? cuma adjust dengan lokasi hotel korang and wallah! korang dah ada itinerary sendiri!! HEBAT kan? Lagi 1 features yang terkini yang bagi saya sangat best adalah seksyen E-BOOK!!!! Klik sini .


Bila tengok banyak2 feature baru ni baru teringat yang diorang memang tengah promote habes South Korea untuk tourism. Rasanya memang diorng full force untuk tahun 2011 - 2012 as Korea tourism year. Malah masa kami ke Seoul hari tu, banyak usaha tengah dijalankan untuk meng'english'kan papan kenyataan di sana.

Yang baik jugak pasal KTO ni, coz diorang ada sediakan jugak Volunteer Tour Guide! ha...sukelah korang kan? diorang ni jugak dikenali dengan nama Goodwill Guide (klik sini)

  

Goodwill Guides are volunteer guides who help visitors to Korea to communicate in various situations. They attend festivals and events together with visitors, provide free guide services, assist with communication in various ways, and participate in cultural exchanges. As of December 31, 2009, 682 Goodwill Guides are registered with the Korea Tourism Organization. If you would like to make your visit to Korea even more worthwhile and memorable, arrange for a Goodwill Guide to accompany you on your individual trip. When you request their help, our volunteer guides will respond warmheartedly, with excellent command of foreign languages.

 Hah! Ape lagi? Cepatlah contact diorang! hehe.




SEOUL SMRT adalah pengangkutan MRT antara yang paling bagus n extensive bagi saya. Networknya sangat luas dan berselirat! Nampak kompleks, tapi sebenarnya senang sangat nak faham. Tapi yang paling penting anda kene ingat WARNA LINE dan EXIT NUMBER! Itu sangat2 penting. Kalau tersalah exit memang NAYA! Dan setiap kali bertukar line, anda kene menapak BANYAK! wahahaha..serius. Sebab tu orang2 korea ni sume sihat2 belaka. Naik LRT je dah mcm maraton! hahaha....

Dan panduan dalam website ni SANGATLAH HEBAT! Ternganga aku tengok betapa bagusnya diorng ni. Dalam cyberstation nih, sangat senang untuk kita estimate masa, kos dan panduan perjalanan. (klik sini)


Selain itu terdapat juga blog2 pilihan yang sememangnya memberikan 1st hand experience berkenaan Seoul. Antara blog yang saya sangat admire adalah blog  



Anda boleh tanya direct pada tuan empunya blog berkenaan Seoul. InsyaAllah akan dijawab dengan sebaiknya.

Saya rasa setakat ini dahulu perkongsian berkenaan sumber yang saya rujuk dalam merangka travel itinerary saya. Semoga ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada anda semua yang masih lagi dalam keadaan terkapai2 untuk merancang percutian anda sendiri di Seoul! 

Insyaallah, bertemu kita di lain masa dan ketika, di Seoul! NEXT! InsyaAllah. hehe...ARE U READY????!!!!! =P

Wassalam. TQ for reading!!!!

abbazeef_wanderlust
"anda tak perlu menjadi kaya untuk menakluk dunia!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...