Pages

Tuesday, 4 April 2017

Travelog - Yogyakarta

Kos
Tiket Kapal Terbang (include makan, seat) : RM310
Perkhidmatan Supir : Rupiah 775,000 seorang [7h]
Penginapan : Rupiah 1,156,000 seorang (Villa Padi Pakem) [7h6m]
Attraction : Rujuk itinerary

Itinerary
Hari Pertama
• Trip kali ini ke Yogyakarta bersama 2 orang rakan. Jumlah ahli 4 dewasa 1 kanak-kanak. Mengambil penerbangan awal, jam 9.25am ke Yogyakarta
• Tiba di Yogyakarta pada jam 11.20am terus ke Ambarrukmo Mall. Antara pusat membeli belah moden di Jogja. Membeli simkad Telkomsel di sini (rupiah 80,000 : 4Gb data + simkad). Beli makanan dan jajan untuk bekalan di villa.
• Check in Villa Padi Pakem.
• Selesai melepas lelah, keluar untuk dinner. Bercadang ke Sellie Coffee, tapi tidak kesampaian, seluruh café ditempah orang. Seperti ada kenduri doa selamat. Kau mampu buat doa selamat kat café? Muahhaa
• Menuju ke Restoran Gudeg Yu Djum. Di maklum supir, antara tempat famous untuk menikmati Nasi Gudeg. Verdict : tekak moden KL tidak dapat menerima rasanya yang terlampau eksotik serta unik. Muahahahhaa
• Selesai santap, bergerak ke Alun-alun Kidul. Meriah. Penuh warna warni. Satu kereta dalam 50,000 rupiah. Kayuh sendiri. Sebab utama kenapa jalan di sini sesak. Selesai bergambar, terus balik ke Villa.
Link Hari 1 : https://www.facebook.com/media/set/…

Hari kedua
• Sepatutnya ke Candi Borobudur, tapi ubah (the perks when you plan the trip yourself). Kita menuju ke Candi Prambanan terlebih dahulu.
• Memilih pakej tiket kombo Candi Prambanan + Ratu Boko : 325,000 rupiah sekitar 25USD. Beza 6 kali ganda dengan local (50,000 rupiah). Tiket kombo ini termasuk shuttle bus antara Ratu Boko dan Candi Prambanan.
• Di nasihat oleh kakitangan wisata untuk ke Ratu Boko dahulu. Tiba di sana di approach oleh seorang tour guide. Bayaran 100,000 rupiah. Berbaloi. Segala segi pasal Ratu Boko tu diceritakan.
• Selesai Ratu Boko, naik shuttle menuju ke Candi Prambanan. Hujan. Lepak di hentian shuttle. Hujan berkurang, kita teruskan explore Candi Prambanan.
• Selesai Candi Prambanan. Lapar. Makan Nasi Ayam Goreng Suharti. Enak tidak terkata. Harga sedikit mahal. Tiada gambar. Dengan gambar2 masuk perut kerana terlalu lapar. Menu pilihan Ayam Goreng, Gado-gado, es jeruk. Burp!
• Balik awal ke villa. Demi menyimpan tenaga untuk wisata esok hari!
Link Hari 2 : https://www.facebook.com/media/set/…

Hari ketiga
• Bangun untuk sunrise Candi Borobudur. Tapi supir terlambat. So kita tukar itinerary! Kita menuju ke Kebun Buah Mangunan! Bayaran masuk 5000 rupiah seorang. Majestic. Cukup 1 perkataan melambangkan betapa cantiknya tempat ni. And please ambil video timeline di sini. Mantap.
• Next, kita singgah ke Hutan Pinus. Dari tempat parking ada 2 entrance. Sebelah kanan FOC, sebelah kiri berbayar. Kerana di situ ada Kawasan Panggung Sekolah Hutan. Bayaran 2,500 rupiah.
• Lepas habis melihat pokok-pokok, kita menuju ke Gunungkidul Coastal Drive! Entrance fee sebanyak 10,000 rupiah seorang. Terdapat banyak pantai-pantai yang boleh dilawat. Scenic View point semestinya awesome. Kami berhenti di Pantai Krakal, Pantai Baron, Pantai Indrayanti. Ada view point yang perlu bayaran. Ada yang 2000 rupiah, ada yang seikhlas hati. Ada pantai mati. Di mana pengunjung tidak boleh mandi. Penuh obor-obor katanya.
• Next ke Pantai Timang. Lunch lobster dulu. Sekilo 400,000rupiah. 1.1kg dapat 3 ekor. Kenyang dan sedap. Nota : makan kat rumah orang. WORLD! Hahaa. Jalan ke Pantai Timang, sangat horror. Kenderaan kami heavy duty. Dirempitnya MPV tu sampi ke Pantai Timang. Jika tidak anda terpaksa ambil ojek / motor untuk ke Pantai Timang. Kos tak ingat. Di Pantai Timang ada 4 platform untuk bergambar. Satu platform 5000 rupiah. Selagi mahu katanya kalau nak bergambar. Sampai lebam la ko posing kat situ. Gondola Pantai Timang 200,000 rupiah.
• Selesai, ingat nak terus ke Wadi Ombe. Namun cuaca tak bagus, dah hujan. Perjalanan jauh lagi dan balik perlu 3 jam. Pengsan. So kami terus balik.
Link Hari 3 : https://www.facebook.com/media/set/…

Hari keempat
• Bangun seawal 2.00 pagi. Jam 3pagi bertolak dari villa. Sejam menuju ke Hotel Manohara. Tiba jam 4.15 di Hotel Manohara. Beli tiket Sunrise Candi Borobudur harga 400,000 rupiah. Di bekalkan pamphlet dan torch light. Boleh subuh di hotel. Perks : perjalanan dari hotel ke candi hanya 10 minit. Tak sempat penat pun. View? Pergilah sendiri tengok. Rugi bayar mahal? TIDAK SEKALI.
• Turun dari candi, di hidang kuih serta minuman panas di hotel. Ketika menyerahkan kembali torch light, diberikan cenderamata, selendang Borobudur. Unik. Terasa sangat berbaloi bayar mahal.
• Kita teruskan perjalanan ke Kalibiru. Journey mak datuk seram! Macam naik roller coaster. Dah parking, nak ke tempat tiket, kena mendaki sikit. Lepas tu nak ke platform, mendaki lagi! Kami pilih spot bundar. Harga masuk kalibiru 5,000 rupiah, harga spot 35,000 rupiah. 4 pose (so sila fikir pose anda)
• Lunch di Restoran Super Sambal 33! Makan murah. Ada 33 jenis sambal. Nak pilih sambal pun dah pening.
• Perhentian seterusnya Pantai Parangtritis. Jangan pakai baju hijau jika ingin mandi di sana. Horse ride ada semurah 30,000 rupiah. Paling mahal 100,000 rupiah. Lebih mahal, lebih jauh route.
• Singgah di Via Via Artisan Bakery sebelum menamatkan hari.
Link Hari 4 : https://www.facebook.com/media/set/…

Hari Kelima
• Mulakan hari dengan Merapi Jeep Tour pakej biasa. 350,000 rupiah satu jeep. Sunrise pakej 450,000 rupiah. Merapi malu-malu pagi tu. Rezeki tidak ambil pakej sunrise. Driver jeep kami menerangkan perihal merapi dan kesan letusan. Apa yang kami lawat boleh dilihat di dalam album.
• Selesai tour Merapi, kami berpecah. Seorang meneruskan plan melawat Bandar Yogyakarta (Keratorn Yogyakarta dan Benteng Venderburg), saya, isteri dan anak serta seorang kawan menuju ke ZOO GEMBIRALOKA!
• Zoo gembiraloka – tempat yang wajib dilawat jika ada anak kecil. Tiket masuk hanya 25,000 rupiah! 4.3 bintang di tripadvisor. Koleksi haiwan yang jujur lebih hebat dari Zoo Negara! Ada wisata air, ada ATV. Ada masjid di dalam zoo! Puas hati.
• Sebelum balik singgah di Jogja City Mall.
Hari Ke-enam
• Hari memanjakan diri. Group berpecah. Satu kumpulan ke Spa di Hyatt Regency Yogyakarta. Satu kumpulan lain ke Jalan Malioboro. Shopping.
• Lunch di café hipster Roaster and Bear.
Hari ketujuh
• Balik Malaysia!
 Link Hari 5,6,7 : https://www.facebook.com/media/set/…

Nota :
• Yogyakarta not much into shopping but more to nature and landscape.
• Kualiti jalan raya terbaik. Cantik, kemas dan bersih.
• Orangnya baik-baik. InsyaAllah lancar perjalanan disana.
• Cost wise not so much on backpacking. Saja share untuk kawan-kawan yang lain.
Happy travels!

Ps : Sebarang pertanyaan boleh PM saya di FB Page https://www.facebook.com/abbazeefwanderlust/?fref=ts . Boleh PM atau komen sahaja pada gambar. InsyaAllah saya bantu mana boleh.
Thanks for reading!

Tuesday, 6 October 2015

ENRICH PROMO - HI-5 Live in Concert!

Salam semua! 

Pengumunan ini adalah untuk ahli - ahli ENRICH by Malaysia Airlines, yang ada anak kecik dan jugak yg perasan muda xbesar. Kali ini Enrich ada bagi promo khas bagi peminat Hi-5! 


Enrich memberikan anda diskaun sehingga 10% diatas pembelian tiket2 pada persembahan 10 hingga 13 Disember 2015 nanti! 


Tiket boleh dibeli secara online di http://www.ticketcharge.com.my/en/current-events/hi-5-house-of-dreams serta jangan lupa untuk sertakan kod enrich10 sebelum pembayaran atau tunjukkan sahaja kad enrich anda di kiosk2 ticketcharge. Sah untuk 1500 tiket pertama sahaja dan sila beli tiket pada 5 hingga 18 Oktober 2015!

SELAMAT BERGUMBIRA!


Monday, 28 September 2015

#BFAtakesJapan2015

Salam semua.

Alhamdulillah. Baru sahaja balik dari Japan untuk kedua kalinya dalam masa setahun. Kali ni sempat di sana selama 12 hari. 

Antara destinasi yang dikunjungi adalah : 
- Kyoto
- Tokyo
- Kawaguchiko ( mengadap abang Fujisan) 
- Matsumoto
- Tateyama Kurobe Alpine Route
- Takayama
- Shirakawago
- Kanazawa
- Osaka

Hadaplah gambar di kala kemalasan ( padahal saja nak try update blog guna app di ipad ). 




















Thursday, 6 March 2014

Wanderlust Wednesday - Keukenhoef (Garden of Europe)


Salam semua!

Tengok abang AMAZINGNARA kita post pasal #keukenhoef tetiba teringat lak trip lepas. hehe. memang lawa baq hang. cantik subhanallah! Doa and usaha k nak sampai. Insyaallah Allah mudahkan. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...